Tuesday, 6 December 2011

INGATAN BAGI MEREKA YANG LEKA....



Apabila bercakap tentang leka ini sebenarnya, ia suatu sifat yang tidak elok. Manusia memang tidak pernah lari dari sifat leka..tapi ada kadang-kadang tu terlalu leka hingga lupa untuk melakukan perkara-perkara yang wajib. Sayangnya, bila tengok movie tidak pula terlupakan, kata: "eh lupa la hari ini aku nak tengok cerita korea". Sebenarnya atas diri sendiri sama ada kita ini ambil berat ataupun tidak perkara-perkara seperti itu. Sedih tengok, sesetengah tu yang tidak ambil berat tentang solat mereka. Padahal solat itulah perkara yang wajib kita lakukan dan merupakan rukun Islam yang kedua. Solat juga merupakan benteng kepada diri kita dari gangguan-gangguan luar. Tetapi kalau solat pun malas, macam mana Allah mahu beri perlindungan kepada hambaNya.

Ada seorang kawan saya, dia cakapa kawan dia memang susah sangat kalau nak bangun solat lebih-lebih lagi waktu subuh. Kalau waktu subuh saja mesti dia susah nak bangun. Sudah kejut pun tidak bangun. Tapi kalau kawan telefon boleh pula terus bangun angkat telefon.. Kalau tengok movie atau mengadap laptop sampai pukul 4, 5 pagi tidak pula ngantuk, boleh saja bertahan. Kadang-kadang tu ada juga yang sibuk buat benda lain sampai lupa waktu solat, sampai nak masuk waktu solat yang lain pula. Hai, itulah manusia, leka dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat, tetapi perkara wajib diabaikan.

Sesibuk mana pun kita, kewajiban solat itu mesti dilaksanakan dan tidak boleh ditinggalkan. Ia adalah wajib dan berdosa bagi mereka yang meninggalkan perkara wajib. Di akhirat kelak, perkara yang pertama sekali di soal Allah adalah solat. Jika sempurna solat seseorang itu, maka sempurnalah amalan-amalan yang lain. Jika tidak, maka gagallah amalan-amalan yang lain. Sepertimana firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 103 yang bermaksud :

"Sesungguhnya sembahyang itu adalah suatu kewajiban yang telah ditentukan waktunya terhadap orang yang beriman".


Selain itu, kewajiban solat ini ada juga di sebut dalam hadith Nabi SAW sepertimana baginda bersabda :


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى إِنِّي فَرَضْتُ عَلَى أُمَّتِكَ خَمْسَ صَلَوَاتٍ وَعَهِدْتُ عِنْدِي عَهْدًا أَنَّهُ مَنْ جَاءَ يُحَافِظُ عَلَيْهِنَّ لِوَقْتِهِنَّ أَدْخَلْتُهُ الْجَنَّةَ وَمَنْ لَمْ يُحَافِظْ عَلَيْهِنَّ فَلاَ عَهْدَ لَهُ عِنْدِي * رواه أبو داود كتاب الصلاة

Rasulullah SAW bersabda:

 " Sesungguhnya aku mewajibkan ke atas umatmu Muhammad solat 5 waktu dan aku menjanjikan di sisiku dengan janji bahawasanya orang yang datang dengan menjaga solat 5 waktu pada waktunya, akan ku masukkan dia ke syurga. Dan barang siapa yang tidak menjaga solat 5 waktu, maka tidak ada janji baginya di sisiku".



Saya selalu perhatikan pelajar-pelajar di kampus, bila dah masuk waktu solat, azan dah berkumandang tetapi masih ada lagi yang berada di padang.. Patutnya bila dah dengar azan cepat-cepatlah pulang. Ini tidak, masih ada lagi yang bermain di padang. Mereka ini terlalu leka sehingga lupa baik buruk waktu itu. Ingat lagi dulu-dulu mak pernah cakap dekat adik-adik, balik rumah sebelum pukul 7..Waktu senja banyak syaitan berkeliaran. Bila di fikir-fikirkan balik betul juga sebab masa tu manusia ini sibuk bersiap-siap untuk pergi ke surau atau masjid. Tapi kalau masih di padang, mudahlah syaitan-syaitan untuk menghasut supaya tidak perlu pergi ke surau, masjid dan menghasut supaya tidak solat. Syaitan suka kepada mereka yang lupa dan leka. Oleh itu, marilah kita sama-sama menjaga solat kita dengan bersungguh-sungguh. Walau sesibuk manapun kita, solat itu mesti di utamakan dahulu daripada yang lain. Solat itu tiang agama dan wajib ke atas setiap muslim menunaikannya. Sebelum saya mengakhiri entry saya, marilah kita sama-sama muhasabah diri kita supaya kita insaf dan cuba untuk menyegerakan solat dan tidak lagi leka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.





No comments:

Post a Comment