Tuesday, 6 December 2011

DI SEBALIK FOTO INDAHMU



Assalamualaikum kpd pembaca semua,

Di sini saya ingin berkongsi apa yang ada di benak fikiran saya. Kadang-kadang mungkin bagi sesetengah orang itu baginya benda seperti ini hanya biasa saja. Tapi perkara ini semakin hari semakin merunsingkan semua pihak terutamanya kaum wanita. Saya ada terbaca di ruangan-ruangan facebook rakan-rakan dan beberapa tulisan di blog yang mengatakan gambar-gambar muslimah bertudung ni boleh di edit dan di scan sehingga menjadi seperti sekeping gambar wanita "bogel".. Masya ALLAH!! takut saya mendengarnya. Foto-foto itu asalnya sempurna, tetapi setelah di edit melalui teknik super impose dan sinar x-ray, ia boleh menampakkan bahagian dalaman. Ini yang membimbangkan setiap pengguna laman-laman sosial seperti facebook, twitter, myspace dan sebagainya.


Saya yakin banyak maklumat dan nasihat yang diberikan mengenai wanita dan gambar ini sebenarnya..Tetapi sayangnya, ramai yang suka mempamerkan gambar mereka dan di tambah pula dengan sekarang ni adanya pertandingan memakai tudung dan seumpamanya yang bertemakan keanggunan wanita..Wah!! lagi la banyak yang akan meng'upload'kan gambar-gambar mereka untuk sertai pertandingan seperti ni. Dalam al-Quran juga ada di jelaskan mengenai tatacara berpakaian sepertimana firman Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 60 yang bermaksud: 

"Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada berkeinginan untuk berkahwin lagi, tiadalah ke atas mereka dosa menanggalkan pakaian (luar) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

Wanita ini dia tahu bahawa mereka ialah perhiasan dunia, tetapi mereka kadang-kadang leka sebentar dan suka apabila gambar-gambar mereka ini dapat dilihat oleh orang lain atau kawan-kawan mereka sendiri. Lagi-lagi yang mempunyai rupa paras yang menawan.. Ada setengahnya boleh dikatakan suka menunjuk-nunjuk. Perkara sebegini yang boleh mengundang bahaya tanpa kita sedari.. Sebabnya dengan hanya menekan butang download atau klik kanan kemudian tekan save image as boleh menyebabkan gambar seseorang itu telah menjadi hak milik oleh sesiapa saja. Lagi-lagi teknologi sekarang ni yang semakin canggih.
     
Menunjukkan foto ini tidaklah haram, tetapi ia masih berlegar dalam keharusan yang diberikan agama selagimana syarat penutupan aurat telah diikuti. Akhirnya buat kawan-kawan di ruangan tinta nurani ni, sebenarnya semua memiliki kecantikan tersendiri. Pendek kata semua makhluk ciptaan Allah SWT ni cantik-cantik belaka. Ha..siapa yang rasa dirinya tidak cantik itu bermakna dia tidak bersyukur dengan kejadian Allah SWT. Allah ciptakan manusia ini dengan sebaik-baik kejadian..cuma manusia itu sendiri yang perlu pandai untuk menjaga dirinya kerana diri kita ini hanya pinjaman semata-mata daripada Allah SWT. Jadi kita perlu melihat masalah ni sebagai satu usaha akhlak yang utama lebih-lebih lagi yang suka memasukkan gambar-gambar yang ala-ala manja dan menggoda gitu..Zaman sekarang ni macam-macam yang boleh orang lakukan tanpa kita sedar..


Jadi, nasihat saya privatekan foto-foto kawan-kawan semua atau langkah yang paling selamat simpan sebagai koleksi peribadi sendiri. Di sebalik foto indahmu, ada tanggungjawab ke atas dirimu..Kepada kaum wanita semua, lepas ni muhasabahlah diri masing-masing dan saya juga berpesan pada diri saya sendiri untuk cuba menghadkan kemasukan gamabar-gambar saya ke dalam facebook terutamanya.


No comments:

Post a Comment