Sepertimana hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, "Siapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah, maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipat gandakan sepuluh,aku tidak mengatakan alif lam mim satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf". Dengan cara kita membaca al-Quran sahaja kita sudah mendapat pahala..tapi mestilah dibaca mengikut tertib dan cara yang betul.
Kadang-kadang manusia ni sering leka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Tapi untuk membaca al-Quran walaupun sekejap dirasakan lama. Walhal selepas solat boleh saja meluangkan sedikit masa untuk membaca al-Quran..Bukannya perlu masa yang lama untuk membacanya. Sebenarnya atas diri sendiri sama ada nak atau tak nak membacanya. Apa gunanya ada sahaja al-Quran tapi tidak di bacanya.. Adakah hanya sebagai perhiasan?Rugi bagi mereka yang tidak membaca al-Quran ni.
Budaya membaca al-Quran ini semakin lama semakin hilang. Ibu bapa perlu terapkan dalam diri anak-anak mereka budaya membaca al-Quran ini supaya ianya tidak dilupai. Al-Quran inilah sebagai pelindung kita bila mana kita berada dalam kesusahan. Manusia ini bila di timpa musibah barulah terasa ingin mendekati al-Quran..barulah insaf. Kita ini sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini perlulah saling ingat mengingati antara satu sama lain.. Untuk kita mendapat pahala ini senang, tapi untuk kita lakukannya susah. Tetapi kalau seseorang itu dia memang ingin mendapat pahala dan keberkatan Allah SWT, dia akan berusaha walau susah sekalipun.
Apabila kita membaca al-Quran, segala kesulitan yang dihadapi akan menjadi mudah. Hati yang resah pun akan tenang.. Jadi, bacalah al-Quran ini walaupun sekejap. Rugi bila tidak di bacanya.. Muhasabah dan renunglah kembali diri kita, adakah kita ni membudayakan amalan membaca al-Quran dalam kehidupan kita seharian?Sama-samalah kita berubah ke arah yang lebih baik..InsyaAllah.